Pandu Puteri (dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah organisasi pengakap untuk gadis dan pemudi. World Association of Girl Guides and Girl Scouts adalah badan penyelia antarabangsa kepada pergerakan pengakap puteri.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) pula telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura,
sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma
Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957.
Pertubuhan Pandu Puteri ditubuhkan sebagai versi wanita kepada pengakap Lord Robert Baden-Powell, pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Pada September, 1908, sejumlah kecil gadis hadir untuk Perhimpunan Pengakap "Scout Rally" pertama di Crystal Palace,
memanggil diri mereka Pengakap Puteri. Lord Baden-Powell menubuhkan
Pandu Puteri sebagai pergerakan selari bagi mereka, diselenggarakan oleh
saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Sementara Agnes memainkan peranan utama sehingga kematiannya, Isteri Lord Baden-Powell, Lady Olave Baden-Powell, menjadi Ketua Pandu Chief Guide England pada tahun 1918, dan Ketua Pandu Sedunia pada tahun 1930.
Pandu Puteri Girl Guides dinamakan sempena kor terkenal di India.
Baden-Powell bimbang sekiranya mereka dikenali sebagai pengakap akan
menyebabkan kanak-kanak lelaki menjauhi diri, dan juga keluarga gadis.
No comments:
Post a Comment